MAKSUD KECICIRAN
Keciciran didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana murid berhenti sekolah sebelum tamat pengajiaannya di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah.
Keciciran merupakan suatu isu yang
sangat serius dalam kalangan murid sekolah.
Faktor yang meyebabkan berlakunya keciciran
Pertama sekali, ketiadaan minat untuk belajar dan perasaan
seseorang pelajar berputus asa untuk belajar menyebabkan keciciran.
Faktor keluarga juga merupakan salah satu faktor yang
mengakibatkan isu ini. Masalah penceraian, masalah penderaan ibu
bapa menyebabkan pelajar hilang kecenderungan untuk belajar dan
tidak boleh fokus dalam pelajaran.
Masalah kewangan yang
dialami oleh seseorang pelajar juga
mengakibatkan keciciran sehingga tidak dapat menampung
perbelanjaan sekolah yang
diperlukan.
Kesan
Masalah
keciciran
Akibat daripada masalah ini, masa depan seseorang pelajar akan
terjejas dan masa depan mereka tidak dapat ditentukan.
Keciciran ini juga menyebabkan murid-murid mengelakkan diri
dalam gejala negatif seperti dalam jenayah-jenayah yang
serius.
Sehubungan dengan itu, maruah diri seseorang pelajar
itu dan maruah keluarga akan terjejas .
Langkah
menangani
isu
keciciran
Antara salah satu langkah yang
boleh diambil ialah seseorang
guru
perlu prihatin terhadap pelajaran murid-murid di sekolah.
Seseorang guru
mahupun ibu bapa perlu berusaha untuk
mengetahui masalah yang
dialami oleh pelajar dan mesti
berusaha untuk menyelesaikannya.
Ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang yang
secukupnya
sehingga tidak membiarkan mereka untuk mengalami
ketandusan kasih sayang.
Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa anak-anak
merekaberada di persekitaran yang
sihat.
No comments:
Post a Comment