Sunday, 14 May 2017

Strategi, kaedah (metadologi)


Powerpoint presentation
         ⇓
Click here

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

Powerpoint presentation
click here

ISU-ISU MORAL DI SEKOLAH : MASALAH KECICIRAN

MASALAH KECICIRAN MURID

MAKSUD KECICIRAN


ž Keciciran didefinisikan sebagai suatu keadaan di mana murid berhenti sekolah sebelum tamat pengajiaannya di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah.
ž Keciciran merupakan suatu isu yang sangat serius dalam kalangan murid sekolah.


Faktor yang meyebabkan berlakunya keciciran

ž Pertama sekali, ketiadaan minat untuk belajar dan perasaan 
        seseorang pelajar berputus asa untuk belajar menyebabkan keciciran.

ž Faktor keluarga juga merupakan salah satu faktor yang 
       mengakibatkan isu ini. Masalah penceraian, masalah penderaan ibu 
       bapa menyebabkan pelajar hilang kecenderungan untuk belajar dan 
      tidak boleh fokus dalam pelajaran.

ž Masalah kewangan yang dialami oleh seseorang pelajar juga 
       mengakibatkan keciciran sehingga tidak dapat menampung 
       perbelanjaan sekolah yang diperlukan.


Kesan Masalah keciciran

žAkibat daripada masalah ini, masa depan seseorang pelajar akan 
      terjejas dan masa depan mereka tidak dapat ditentukan.

žKeciciran ini juga menyebabkan murid-murid mengelakkan diri 
   dalam gejala negatif seperti dalam jenayah-jenayah yang serius.

ž Sehubungan dengan itu, maruah diri seseorang pelajar 
       itu dan maruah keluarga akan terjejas .

Langkah menangani isu keciciran

žAntara salah satu langkah yang boleh diambil ialah seseorang 
   guru perlu prihatin terhadap pelajaran murid-murid di sekolah.

žSeseorang guru mahupun ibu bapa perlu berusaha untuk 
   mengetahui masalah yang dialami oleh pelajar dan mesti 
   berusaha untuk menyelesaikannya.

žIbu bapa harus mencurahkan kasih sayang yang secukupnya 
   sehingga tidak membiarkan mereka untuk mengalami 
    ketandusan kasih sayang.

žIbu bapa juga perlu memastikan bahawa anak-anak 
    merekaberada di persekitaran yang sihat.

Tuesday, 6 December 2016

Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan Moral Murid–murid.

Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral

 1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana mengendalikannya.

 2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (berkomunikasi) dengan orang lain.
 

3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas


Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral

 1. Empati 
2. Kesedaran 
3. Kawalan kendiri 
4. Menghormati 
5. Baik Hati 
6. Tolerasi 
7. Keadilan  

Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan Moral 

(a) Pembelajaran Kolaboratif Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. 

(b) Pembelajaran Kooperatif Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. 

(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian Masa Depan Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa yang hendak dicapai.

 (d) Kajian Masa Depan membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. 

(e) Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi. 

(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. 

(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti

Kejayaan Pengajaran dan Amalan Nilai Murni diSekolah

Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral

 1. Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral. 
2. menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, 
3. merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran  
4. mengurus dan menggerakkan panitia 
5. mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh

    kementerian supaya tidak bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral. 
6. melaksanakan hasrat surat pekeliling
7. sebagai agen perubahan dan inovasi terhadap pelajaran Pendidikan Moral, dimana seorang 
8. merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan di dalam kelas. 
9. menguruskan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral. 
10. menguruskan bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral, contohnya seperti                       penggunaan bilik audiovisual. 
11. melaksanakan pemantauan keatas pelajaran Pendidikan Moral. 
12. merancang dan melaksanakan penilaian-penilaian yang akan dilakukan di dalam kelas. 
13. menganalisis peperiksaan, dari segi peningkatan atau penurunan gred pelajar-pelajar dalam mata         pelajaran Pendidikan Moral. 
14. melakukan tindakan susulan, seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada               pelajar. 
15. membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral. 
16. merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. 
17. menilai program Pendidikan Moral di sekolah. 
18. memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus. 
19. menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan         di dalam kelas. 
20. menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah  

TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU BIASA 

Penilaian Formal yang Dilakukan oleh Guru Pendidikan Moral 

(i) Pentaksiran Iltizam Pentaksiran iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan             keterlibatan yang bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
 
  • Tugasan Harian
  • Kerja Amal 

(ii) Folio Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
  •  Penulisan (Tugasan Harian)
  •  Laporan Aktiviti yang telah disertai
  •  Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.  

Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah 

  1. Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai falsafah dan orientasi tersendiri. Ia akan memberikan sesuatu sekolah itu identitinya. 
  2.  laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia. 
  3.  Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah.  

Pengurusan MataPelajaran Pendidikan Moral

MASALAH PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

  •   Faktor Ibu Bapa/Keluarga 
  •  Faktor Guru dan Sekolah/Institusi 
  •  Faktor Murid/Rakan Sebaya 
  • Faktor Komuniti/Masyarakat 
  • Faktor Media Massa   

MASALAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

  • Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran 
  •  Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran Pendidikan Moral 

Isu-Isu Moral Semasa dalam Masyarakat/Komuniti 

  • Rogol/Sumbang Mahram 
  •  Keganasan Rumah Tangga 
  •  Gangguan Seksual 
  •  Pornografi 
  • Cybercafe 

Isu-Isu Moral di Sekolah 

  • Vandalisme 
  •  Peras Ugut/Kongsi Gelap/Buli

 Ciri-ciri Remaja Devian Mengikut kajian Halcomb (1991)

 personaliti remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti berikut:

  •  Mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan orang lain dan selalu terlebih yakin    dengan keupayaan mereka.
  •  Kehidupan harian tidak teratur dan tidak peka pada peraturan.
  •  Lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka ataupun berunsur suspens.
  •  Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain.
  •  Bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar dengan kelemahan ataupun kekurangan  orang lain.
  •  Berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang kasih sayang dan mempunyai tahap  konflik yang tinggi.
  •  Mempunyai kepercayaan diri yang rendah dalam keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik. 


GURU PENDIDIKAN MORAL

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL

 2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral 

         Peranan utama guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu rumah dan juga sekolah. 

        Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran kecil seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi bahan, membuat catatan, membuat rujukan, menguruskan masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.  


       Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani, penyebar nilai masyarakat, penasihat kelab, pengadil, penilai, pendisiplin dan kaunselor. Ketika memainkan peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah bersifat mudah dihampiri.  


CIRI–CIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL 

Insan Bermoral

 1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
 2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. 
3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan               sendiri.
 4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati 

Ciri-Ciri Insan Bermoral

 (i) Menghormati autoriti (seperti ibu bapa dan guru, pemimpin Negara atau agama) yang                            menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral. 
(ii) Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan. 
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi.  (iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan          moral diambil.  
(v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan         prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas.  

Strategi, kaedah (metadologi)

Powerpoint presentation          ⇓ Click here