PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL
2.1.1 Penyampai Ilmu Pendidikan Moral
Peranan utama guru-guru Pendidikan Moral dalam memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi, iaitu rumah dan juga sekolah.
Dalam kemahiran belajar, terdapat beberapa kemahiran kecil
seperti mengesan balik maklumat, menginterpretasi bahan, membuat catatan,
membuat rujukan, menguruskan masa dengan baik dan menggunakan pusat sumber.
Seseorang guru terpaksa memainkan pelbagai peranan di
sekolah. Dia adalah pengajar, ahli metodologi, kerani, penyebar nilai
masyarakat, penasihat kelab, pengadil, penilai, pendisiplin dan kaunselor.
Ketika memainkan peranan sebagai pendisiplin, guru hendaklah bersifat tegas
manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, dia hendaklah bersifat mudah
dihampiri.
CIRI–CIRI PERIBADI GURU PENDIDIKAN MORAL
Insan Bermoral
1.
Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.
2. Tidak angkuh, tidak
menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
3. Suka
bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan
kelemahan sendiri.
4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat
menghormati
Ciri-Ciri Insan Bermoral
(i) Menghormati autoriti (seperti
ibu bapa dan guru, pemimpin Negara atau agama) yang menunjukkan contoh dan
teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral.
(ii) Melakukan sesuatu
secara bebas tanpa sebarang tekanan.
(iii) Mempunyai pengetahuan dan pemahaman
tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. (iv) Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk
melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.
(v) Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu
yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan
moral yang asas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete