Tuesday, 6 December 2016

Peranan Guru dalam Pemupukan Kecerdasan Moral Murid–murid.

Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral

 1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana mengendalikannya.

 2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (berkomunikasi) dengan orang lain.
 

3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin dengan perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi akan berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas


Nilai Asas dalam Pemupukan Kecerdasan Moral

 1. Empati 
2. Kesedaran 
3. Kawalan kendiri 
4. Menghormati 
5. Baik Hati 
6. Tolerasi 
7. Keadilan  

Aktiviti–aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan Moral 

(a) Pembelajaran Kolaboratif Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan moral, pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran inkuiri boleh dibina. 

(b) Pembelajaran Kooperatif Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. 

(c) Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian Masa Depan Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan yang lebih daripada apa yang hendak dicapai.

 (d) Kajian Masa Depan membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. 

(e) Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi. 

(f) Kemahiran Berfikir secara Kreatif Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. 

(g) Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti

No comments:

Post a Comment

Strategi, kaedah (metadologi)

Powerpoint presentation          ⇓ Click here