1.1.1 Definisi Pendidikan Moral
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan
yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan
pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.
Prinsip-prinsipmelahirkan insan JERI adalah:
- · Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
- · Berpegang teguh pada ajaran agama;
- · Prihatin kepada alam sekitar;
- · Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
- · Bersemangat patriotik;
- · Menghormati hak asasi manusia; dan
- · Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
1.2.1 Latar Belakang Pendidikan Moral
1. Pendidikan Moral dijadikan mata
pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar bukan Islam.
2. Pendidikan Moral diajar secara berasingan.
3. Peperiksaan dan penilaian diadakan
untuk Pendidikan Moral.
1.2.2 Sejarah Perkembangan Mata Pelajaran Pendidikan Moral
- konsep-konsep moral yang dikenalpasti telah pun dimasukkan dalam pelajaran Sivik – 1974.
- Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras kebersihan, baik hati, kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal, iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah.
- 20 Julai 1981 - Dua belas nilai yang dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah seperti berikut: (a) Sikap bersih dari segi fizikal dan mental (b) Sikap belas kasihan (c) Sikap sederhana (d) Sikap rajin (e) Sikap berterima kasih (f) Sikap jujur (g) Sikap adil (h) Sikap kasih saying (i) Sikap hormat-menghormati (j) Sikap bermasyarakat (k) Sikap tidak angkuh (l) Kebebasan
1.3.1 Matlamat Pendidikan Moral
Membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggung jawab dan boleh menyumbang ke
arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
No comments:
Post a Comment