Tugas dan Tanggungjawab Panitia Pendidikan Moral
1. Ketua
Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral.
2.
menjadi guru contoh kepada guru-guru lain,
3. merancang, melaksana, menyelia
dan menilai pembelajaran
4. mengurus dan
menggerakkan panitia
5. mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh
kementerian supaya tidak bercanggah dengan objektif mata
pelajaran Pendidikan Moral.
6. melaksanakan hasrat surat pekeliling
7. sebagai
agen perubahan dan inovasi terhadap pelajaran Pendidikan Moral, dimana seorang
8. merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan di dalam kelas.
9.
menguruskan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral.
10. menguruskan
bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral, contohnya seperti penggunaan bilik audiovisual.
11. melaksanakan pemantauan keatas pelajaran
Pendidikan Moral.
12. merancang dan melaksanakan penilaian-penilaian yang akan
dilakukan di dalam kelas.
13. menganalisis peperiksaan, dari segi peningkatan
atau penurunan gred pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
14.
melakukan tindakan susulan, seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan
kepada pelajar.
15. membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar
moral.
16. merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.
17. menilai
program Pendidikan Moral di sekolah.
18. memastikan penyertaan guru dalam
seminar, bengkel dan kursus.
19. menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan
bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam kelas.
20. menambahkan
koleksi Pusat Sumber Sekolah
TANGGUNGJAWAB SEKOLAH DAN GURU BIASA
Penilaian Formal yang
Dilakukan oleh Guru Pendidikan Moral
(i) Pentaksiran Iltizam Pentaksiran
iltizam adalah untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang
bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam aktiviti berikut:
- Tugasan Harian
- Kerja Amal
(ii) Folio
Satu folio adalah kompilasi dokumen-dokumen berikut:
- Penulisan (Tugasan Harian)
- Laporan Aktiviti yang telah disertai
- Maklumat dan dokumen sebagai bukti aktiviti-aktiviti yang telah disertai seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan lain-lain bahan yang boleh dijadikan bahan bukti.
Pendidikan Moral Secara Tidak Formal di Sekolah
- Projek moral sekolah adalah penting dan mempunyai falsafah dan orientasi tersendiri. Ia akan memberikan sesuatu sekolah itu identitinya.
- laporan sahsiah dijalankan secara tidak formal untuk melaporkan tentang sahsiah pelajar terhadap pemupukan dan penghayatan amalan nilai murni yang berterusan dan keharmonian hidup mengikut norma masyarakat Malaysia.
- Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah.
No comments:
Post a Comment